Berita Gembira Buat Peminat Komik HK


Hujung minggu dah dekat. Apa rancangan korang? Tengok bola piala malaysia ke? Tiket mahal, jadi aku tak jadi pergi tengok. Tengok kt TV lagi best kan? Hehe.. Lepas tu apa pulak nak buat? Jom layan komik online. Dalam sesi blogwalking tu aku ada jumpa satu laman web best tapi tak mesra pengguna sebab iklan dia annoying lah. Harap empunya laman tu buang iklan itu untuk lebih mesra pengguna. Iklan macam tu juga boleh membuatkan pengunjung malas nak masuk blog anda buat kali kedua. (no hard feeling).

Blog yang aku maksudkan ialah blog yang menyediakan pelbagai koleksi komik dari Hong Kong untuk tatapan pengunjung. Komik-komik ni semua aku minat sebab sejak sekolah lagi aku baca komik pinjam. Hehe. Sekarang dah xperlu pinjam. Dalam web/blog ini, kita boleh download pelbagai komik seperti Wira Tunggal, Pendekar Laut, Petir Tunggal, Raja Bola, Wirawan, Wirawan Tunggal, Jengking Merah, Juara Jalanan dan banyak lagi. Aku bukan review blog ni tp aku nak share dengan para peminat komik. Jangan lupa download / sedut komik-komik kegemaran anda kat sini.

Kredit: http://cyclonmaster.blogspot.com

2 comments:

elmaranji dot kom said...

ha ha ha, saya ingat peminat komik hk dah pupus kat tanah melayu ni, ada lagi rupanya, gud gud gud

Unknown said...

hahaha

x layan komik

dulu layan komik doraemon je

xP

Related Posts with Thumbnails