Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.Komen aku:
1. Sekarang makin banyak ipta dan ipts, jumlah graduan plak makin ramai. Sekarang ni pun nak masuk goverment punya jawatan pun susah sebab kekosongan sikit.
2. Umur 58 boleh duduk rumah main-main dengan cucu. (Beribat pun). Lagipun wang persaraan kan dah ada. Anak-anak semua dah besar panjang dan dah berdikari. Apa lagi yang nak dikejar? Pangkat?
3. Pangkat untuk mereka yang dah dekat nak pencen mesti dah tinggi kan? Bagi la peluang kat perkerja-pekerja bawahan naik pangkat pulak.
Aku komen berdasarkan pemerhatian sendiri sahaja. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau mati. Kalau salah tolong betulkan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment