Harga Tiket Akhir Piala Malaysia 2010 RM30


 Aku baru sahaja di ajak oleh kawan semalam untuk mengikut serta ke perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan vs Negeri Sembilan. Terdengar berita tiket telah dinaikkan daripada RM20 kepada Rm30. Apa kata mereka??

Lihasrizad Ismail pengarah urusan TRWC  dan penyelaras penjualan tiket ketika ditanya masalah terbaru ini, beliau amat terkilan dengan kenaikan ini dan memberitahu kepada pelanggan yang telah membuat tempahan dan bayaran boleh memilih untuk mengarahkan pihak TRWC mengembalikan bayaran atau pelanggan menambah kos RM10 sepertimana kenaikan harga tiket asal RM20 kepada RM30.

Mungkinkah FAM menyedari aksi final Piala Malaysia 2010 bakal menarik puluhan ribu penyokong menyaksikan perlawanan berkenaan kerana ia melibatkan pasukan Kelantan yang telah terbukti sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan mereka sama di gelanggang sendiri atau gelanggang lawan. - liga-m.sokernet.com


Kenaikan harga tiket ini menjadikan harga tiket perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2010, tiket paling mahal dalam sejarah Piala Malaysia. KAFA amat kecewa dengan kenaikan ini dan akan cuba mengemukakan satu rayuan tentang kenaikan harga tiket ini. - www.theredwarriors.com




***apa yang berlaku? 
**harap tiket tidak jadi dinaikkan.

1 comment:

saya_arief said...

sampai rm10 naik..aduss.

Related Posts with Thumbnails