Maxis BlackBerry Playbook Exclusive Bloggers' Workshop Review



Terima Kasih kepada Nuffnang & Maxis kerana telah memberi peluang untuk menjadi antara orang pertama yang bermain dengan Blackberry Playbook dalam Maxis Blackberry Playbook Exclusive Blogger's Workshop yang telah berlangsung pada 16 Julai yang lepas. Ramai juga yang datang, lebih kurang dalam 40 orang. Sepanjang bengkel ini dijalankan. Banyak aktiviti yang telah dilakukan khas untuk blogger daripada Nuffnang & Maxis!

Pertamanya, Xinxian (Nuffies) mengucapkan sepatah dua kata untuk permulaan bengkel. Kemudian, aktiviti imulakan dengan pengenalan kepada Blackberry oleh Eric, pakar blackberry yang di bawa khas oleh Nuffnang & Maxis untuk berkongsi dengan kami dengan detail tentang kelebihan serta kebaikan Blackberry Playbook ni. Daripada apa yang diperkatakan oleh Eric, aku telah membuat beberapa kesimpulan:

DESIGN: 

BBP direkabentuk dengan ketinggian 5",lebar 7.5" dan ketebalan 0.4". semua navigasi menggunakan kawalan pada skrin shj kecuali butang power, volume, play/pause button kat atas dan dock charging, Micro-USB charging, Micro-HDMI di bawah. Resolusi skrin yang amat bagus iaitu 1024x600 pixels dan terdapat sensor lampu secara automatic untuk melaraskan kecerahan skrin. Kamera pula menyokong sebanyak 3 megapixel untuk kamera depan dan kamera belakang 5 megapixel (menyokong video sebanyak 1080px quality/HD)

BLACKBERRY TABLET OS: 

Sistem Operasi terbaru khas untuk Playbook sendiri iaitu QNX OS. Sistem operasi ini menyokong sepenuhnya 'advance multitasking'untuk membenarkan applikasi yang digunakan berjalan secara selari dengan sepenuhnya. Blackberry Playbook OS ini juga dibangunkan tanpa butang navigasi home tetapi secara keseluruhan menggunakan 'swiping' ke kiri, kanan, atas dan bawah bagi membolehkan/menukar/menggunakan applikasi-aplikasi dengan lebih cepat dan mudah. Selain itu, onscreen keyboard OS ini juga mempunyai jarak yang sesuai dengan jari dan amat sensitif ketika menggunakannya.

DESKTOP SYNC: 

Installation secara automatik ketika digabung dengan pc/laptop dan mempunyai tabs yang berlainan untuk konfigurasi secara manual atau automatik untuk media-media seperti gambar, muzik dan video. Kelebihan Desktop Sync ini iaitu sambungan yang berterusan untuk pc/laptop dengan Blackberry Playbook dengan menggunakan ID yang unik yang disimpan didalam pc/laptop supaya boleh menggunakan wireless untuk menghantar file dengan mudah.

Included APPs/pre-installed apps: 

Browser, music  playback, video player, camera/camcoder, Weather, Youtube, Kobo e-reader, Bing Maps(using GPS), need for speed (NFS) and tetris. Antara aplikasi utama ialah Browser Blackberry Playbook ini seperti sebuah browser pada pc/laptop yang menyokong sepenuhnya Adobe Flash 10.2 yang mana boleh digunakan untuk web video, animasi, game dan iklan. Ia juga turut mempunyai 'privacy mode' dan tetapan untuk cookies dan popup. Selain itu, aplikasi Docs to Go digunakan untuk melihat dan mengubah dokumen-dokumen seperti words, excel, dan powerpoint. Dengan port HDMI, pembentangan menggunakan Docs To Go boleh dilaksanakan tanpa menggunakan pc/laptop lagi. Canggih kan?

BLACKBERRY BRIDGE: 

Sambungan menggunakan blackberry smartphone sahaja bagi e-mail, calendar, messaging, contacts, tasks dan memos. Pairing dilakukan dengan menggunakan bluetooth dengan apps percuma iaitu Blackberry Bridge yang boleh dapat di Apps Store. Ketika menggunakan Bridge, tab baru akan muncul pada Playbook setelah pairing dan dapat menguruskan applikasi-aplikasi daripada Blackberry smartphone. Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Playbook membolehkan data yang digunakan semasa proses 'pairing' ini tidak disimpan pada Playbook tetapi pada Blackberry smartphone. Setelah di pairing ditamatkan, data-data ini akan hilang daripada Playbook. Jarak 'pairing' ini adalah sebanyak jarak bluetooth. Selain itu, ID unik juga digunakan untuk keselamatan dan privasi yang amat bagus.

Apps World: 

Blackberry Apps World pre-installed seperti kebanyakkan Blackberry smartphone dan terdapat banyak applikasi telah dibangunkan untuk Playbook sama ada percuma atau berbayar sebanyak 2500. Pada masa hadapan akan menyokong aplikasi android juga. :)

PERFORMANCE: 

1GHZ dual-core processor, 1GB of RAM, 802.11 Wifi support, Fully multitasking, Fully supported browser, Good screen, video, audio quality, HDMI output, Video Call, Battery yang tahan lama, Heavy gaming: NFS
Sesi seterusnya diteruskan dengan wakil daripada Maxis. Beliau menerangkan pakej-pakej yang diberikan oleh Maxis untuk Blackberry Playbook ni. Harga pakej bermula daripada RM890 sehingga RM1070 yang hanya boleh didapati dari Maxis sahaja. Menarik kan? Apa lagi jom tengok kat sini untuk lebih detail. Pakej 0% Easy Payment juga ditawarkan oleh Maxis! 

(Pengguna Maxis BIS)
(Pengguna Bukan Maxis BIS)

Wakil Maxis ini juga menerangkan aplikasi yang disedikan khas oleh Maxis untuk pengguna blackberry Playbook. Ada 6 aplikasi yang pre-installed ketika membeli Blackberry Playbook daripada Maxis.

  • Maxis Translator - Translate bahasa Malaysia ke bahasa lain dan sebaliknya
  • Maxis Currency Converter - Mengubah nilai mata-wang tanpa menggunakan kalkulator semasa melancong
  • Maxis F1 2011 Playbook - Aplikasi khas untuk F1 2011
  • Maxis Finder301 - Mencari tempat disekeliling kita berada
  • Maxis Music Unlimited - Dengarkan muzik daripada Maxis
  • Maxis Wifi - Melanggan wireless daripada Maxis untuk pengguna yang berada di Lembah Klang untuk serendah RM2 sahaja 

Aktiviti ditamatkan untuk sementara waktu untuk aktiviti makan tengah hari yang amat enak (ayam goreng sodapp) dan aktiviti bebas. Kemudian, aktiviti ditamatkan dengan permainan dalam kumpulan yang membolehkan pemenang bawa pulang RM200 Jabra Bluetooth headset. Aktiviti-aktiviti lain juga diselangi dengan soalan ringkas yang boleh menang hadiah yang sama. (Aku juga menang 1 Jabra Bluetooh!!). Permainan NFS underground dan Tetris. Dua orang gamers tegar telah menang dan aku dan MrJacko tak menang pun tapi kami menang jawab soalan. Hehe. Sebelum tamat kami dapat freebies daripada Nuffnang & Maxis lagi serta bergambar beramai-ramai meraikan bengkel yang telah berjaya dijalankan dengan jaya dan gembiranya! 

Antara gambar sepanjang bengkel

Aku telah menggunakan Playbook! Korang bila lagi?

Bengkel sedang dijalankan

NFS & Tetris on Playbook!

Aku kalah NFS.....

Blackberry Playbook untuk kami?

Freebies untuk kami :)

Terima Kasih Nuffnang & Maxis !!


Kenapa aku nak/pilih Blackberry Playbook??

Design yang menarik

Banyak Apps yang ada untuk Playbook.

Performance Multitasking!

HD cameras dan video recording capabilities! COOL!

Layan Movies dalam HD!!

Main NFS! Macam stering pulak pakai Playbook ni.


No comments:

Related Posts with Thumbnails