Stop Child Abuse

unicef



Anak-anak kecil yang tidak bersalah adakah wajar diperlakukan kekerasan? Dari dulu sehingga sekarang banyak jenis kekerasan yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak :

1. Penderaan secara fizikal
Banyak kes-kes seperti menerajang, memukul, menumbuk dsb telah disiarkan di akhbar dan berita. Ada yang sampai mencabut nyawa kanak-kanak. 



2. Penderaan Secara Seksual
Perbuatan meliwat, merogol dan mencabul anak-anak kecil semakin menjadi-jadi. Mangsa tidak mengenali apa itu maksud seks dan telah diperlakukan bagaikan tempat melepaskan hawa nafsu manusia yang tak bertanggungjawab.



3. Penderaan Secara Emosi
Secara tidak sengaja ibubapa khasnya, ada yang tidak perasan yang mereka  telah mendera anak-anak dengan tidak memberikan layanan ketika meraka memerlukan perhatian dan ibubapa sibuk melakukan hal masing-masing tanpa pedulikan perhatian yang diperlukan oleh anak mereka.



4. Penderaan Secara Lisan
Kanak-kanak sentiasa memerlukan perhatian daripada orang sekeliling terutama ibubapa. Aktiviti-aktiviti memarahi, mengherdik dan seumpama dengannya membolehkan kanak-kanak takut terhadap ibubapa masing-masing dan menyebabkan mereka tidak mendapat perhatian yang secukupnya.



Empat jenis penderaan kanak-kanak ini perlu diingati supaya kita semua iaitu ibubapa, masyarakat, media, negara dan dunia perlu tahu dan mengambil tindakan yang sepatutnya supaya penderaan sebegini dapat dielakkan pada peringkat permulaan lagi. 




**gambar random daripada internet.
***entry ini menyahut seruan daripada nuffnang menjalankan kempen ini
****sila lihat di sini jika ingin menyertai

1 comment:

Zulfahmi Abidin said...

ish.klau tak nk anak tuh anta jelah kat rumah penjagaan.tak pon tinggal kt rumah anak yatim ker.takyah la nak dera.aku geram pulak bace entry nie.kesian kot budak2.aku tahu perasaan sedeh nyer kene mara mse kecik2 dulu tuh pon dah mcm ape.inikan pulak dera.ish.nati budak tuh dah besar dye pulak yg mendera.

bagus jgk ko bagi pendedahan.harap2 blogger2 antara kite smua takdelah yg suke dera budak.ish.

Terkini: 1. Macam Mana Kalau
. Fakta dan Auta
3. Muka Cantik Soalan Bodoh Yang Kau Tanye

Related Posts with Thumbnails