Kisah | Aku kan Akak

Semalam aku ada lepak dekat sebuah kedai kawasan sekolah rendah. Nampak la seorang budak pompuan dan laki. Muka nampak seiras mungkin adek beradek. Seorang akak dan seorang adik. Mungkin si akak datang ke sekolah untuk ambil si adik. Adik pakai baju sekolah, akak pakai baju biasa tengah jalan pulang dari sekolah.

Tiba-tiba je dorang berhenti kat tepi jalan. Aku perhatikan jela sambil 'ngeteh'. Terlepas pandang je sikit aku tengok si akak dah terbongkok dan si adik dah bersedia nak panjat kt belakang si akak. Tapi yang kelakarnya, lepas si adik panjat, si akak tak dapat nak bangun.



Adik:      Kak! Adik penat la. Dah la bawak beg sekolah berat macam batu je.
Akak:     Cepat la dik.. Mak tunggu kat rumah.
Adik:      Kak gendong adik boleh?
Akak:     Ngada2 la ko dik!
Adik:      Boleh la kak........
Akak:     Ok la.. (sambil terbongkok)
Adik:     Dah. Jalan la kak.
Akak:     Aduh.. Ko berat la dik....
Adik:     Alaaa kak boleh laa...
Akak:   Ishh.. ( tak boleh bangun lagi)
Adik:     Takpe la kak..
Akak:   Meh akak bwak beg adik lah.
Adik:    Yeayyy!! Sayang akak.
Akak:   Aku kan akak :)



Selepas tu diorang berlalu pergi dengan si akak membawa beg si adik dan si adik berlari-lari di sebelah akak. Aku gelak kecil. Sekian...


**Perbualan tu adalah ilustrasi aku sahaja.
**Gambar tiada kaitan dengan kisah ini

2 comments:

Unknown said...

wahhhh

:)

ChuyRy™ said...

ilustrasi yang amat menarik..x tahu ape perasaan lepas baca entri ni..macam2 perasaan ada..hu3

Related Posts with Thumbnails