Bangunan Islamik di Kelantan


Rekabentuk bangunan kelantan sudah berubah sekarang ni. Walaupun telah lama berubah tapi aku tetap nak menaip entry ini untuk perkongsian info. Tak salah kalau berkongsi lebih dari sekali kan. Hehe. Benda ni menarik perhatian aku sebab melihat rekabentuk restoran kegemaran ramai iaitu KFC, Kelantan telah berubah wajah. Mungkin sudah lama diubahsuai tetapi aku baru tengok je. Maafkan untuk kelembapan aku, maklumlah balik setahun pun beberapa kali sahaja. :P

Apa yang lain yang dapat dilihat daripada gambar restoran KFC di Kelantan ni? Rekabentuk kan? Rekabentuk hadapan bangunan ataupun dikenali sebagai Fasad bagi negeri Kelantan perlu bercirikan Islam. Syarat ini hanya disahlakukan untuk bangunan perniagaan ataupun bangunan komersial sahaja yang dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI. Bangunan kerajaan di Kelantan juga turut mengikuti syarat ini. Rumah / kediaman juga boleh membuat rekabentuk yang bercirikan Islam ini. Ianya akan menjadi salah satu syarat yang wajib dipatuhi bagi mendapatkan kelulusan bangunan perniagaan / komersial dan bangunan kerajaan. 

Fasad atau rekabentuk hadapan bangunan yang bercirikan Islam di Kelantan ini perlu mewujudkan elemen-elemen Islam seperti kubah, ukiran, rekabentuk atau imej islam yang jelas. Untuk pengetahuan semua, dalam konteks islam, fasad tidak boleh terdiri dari pelbagai bentuk haiwan atau objek - objek lain yang seumpamanya. Rekabentuk ini tidak memberikan apa-apa masalah kepada pemaju bangunan kerana fasad hanya berada di luaran dan tidak melibatkan rekabentuk dalaman bangunan tersebut.

sumber: mdbachok

**sekadar berkongsi 
***salah tolong betulkan..

No comments:

Related Posts with Thumbnails