Semuanya Tentang Churp2



Ikuti perbualan menarik antara Churp2 dan Lepaksz bagi seribu pertanyaan tentang Churp2 ataupun buat duit dengan Twitter.

Lepaksz: 
Apa dia sebenarnya Churp2 ni? Aku tengok Nuffnang duk promote tentang Churp2 ni. Macam        menarik je..

Churp2: 
Kalau ko perasan. Nuffnang ada perkenalkan Churp2 ni dalam entry blog dia. Churp2 ni juga adik beradik Nuffnang je. Nuffnang untuk bloggers dan Churp2 untuk laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Memang mantap lah. Dua-dua boleh buat duit.

Lepaksz:
Laa.. Yeke? Aku dah join Nuffnang dan dapat status Glitterati. Nak join jugak la Churp2 ni. Susah tak nak join? Macam mana nak join?

Churp2: 
Aishh.. Nak join Churp2 tak susah pun. Yang penting ada akaun Facebook dan Twitter je. Nak register gi je kat sini. Senang macam eja ABC~Z. Hehe.. Ko akan dapat status macam ni bila dah register.


Lepaksz:
Owhh.. Senang jela ek.  Macam mana pulak kalau aku ada iklan dan nak jadi pengiklan yang nak join Churp2? Takkan tak ada orang yang jafi pengiklan Churp2 ni. Hehe


Churp2: 
Asal plak tak ada. Ada je. Sebenarnya ada dua kategori untuk daftar Churp2 ni. Pertamanya tentang Churper yang sebarkan iklan+dapat duit dan keduanya sebagai paerner/pengiklan yang bayar Churp2 untuk pengiklanlan produk masing-masing. Jadi, macam mana? Nak jadi Partner ke nak jadi Churper? :P



Lepaksz: 
Baik jadi Churper kot. Hehe. Untung-untung dapat banyak duit dari Churp2 ni ye tak? Huhu.. Eh, bila dah join dan da selesai semua daftar kan. Macam mana pulak dengan tugasan-tugasan dari Churp2? Takkan tunggu duit masuk je tiap2 hari. Tak perlu buat kerja ke? Haha.

Churp2: 
Haha. Tak ada dalam dunia ni dapat duit dengan goyang kaki beb. Bagi Churp2, ko akan dapat assignments/tugasan selepas akaun ko disahkan. Dalam page/laman Churp2 nanti ko akan nampak satu dashboard yang membolehkan ko kendalikan akaun, tugasan, dan sebagainya untuk Churp2. Tugasan akan di pamirkan pada Scheduled Tweets. Ko kena tulis ayat mantap ko tentang iklan dari Churp2 ni supaya ada orang klik pada tweet ko kt Twitter untuk dapat duit. Tak ada klik, tak dapat  duit beb. Selepas ko buat ayat, Churp2 akan sahkan iklan ko tu, kalau berjaya akan di tweet secara automatik dekat timeline Twitter ko. Dapat tak?


 Lepaksz:
Faham bang. Hehe. Bukan main panjang lebar dan jelas ko explain ek. :P 

Churp2: 
Lupa pulak. Churp2 juga akan hantar status dekat email ko jika ada Scheduled Tweet, Iklan ko tak berjaya ataupun macam-macam lagi. Check je email ko tu nanti.

Lepaksz: 
Tetiap hari la kena check email macam ni. Kawan-kawan aku yang dah join Churp2 ni ada cakap diorang dah kurang dapat tugasan dari Churp2. Macam mana ni? Lepas tu, Bila agak-agak aku boleh cashout duit dari Churp2 ni?

Churp2:
Pasal kawan-kawan ko cakap tu jangan risau. Churp2 pun ada strategi marketing, jadi biasa la kalau ada yang dapat dan ada yang tak dapat tugasan. So, tunggu je tugasan ko tu. Confirm akan dapat nanti. Untuk cashout Churp2 ni ko perlu ada RM100 dalam akaun untuk request cashout. Ko boleh monitor earning ko untuk Churp2 kat dashboard laman Churp2 jugak. Ramai yang dah cashout, Churp2 ni bukan program MLM yang tetiba senyap dan hilang. Huhu. Kesimpulannya, ko kena sabar tunggu tugasan dan pastikan setiap tugasan yang dapat ko buat ayat mantap. Selain tu, banyakkan follower kt Twitter ye. :D



Lepaksz:
Haha. Ayat last tak boleh blah kot. Tak sabar tunggu tugasan dan dapat duit banyak2 ni. Satu nak jadi jutawan Churp2. Hehe. Selain, buat duit melalui Twitter kan, Churp2 ada buat aktiviti lain tak?

Churp2: 
Ada je aktiviti-aktiviti lain yang Churp2 buat tetapi tak ada la sebanyak aktiviti Nuffnang kot. Maklumlah Churp2 ni baru lagi. Mungkin lepas dah jadi cemerlang dan terbilang macam Nuffnang nanti Churp2 akan buat banyak lagi aktiviti. Setakat ni, Churp2 ada buat Movies screening dan Churper day out je.


Lepaksz:
Ok dah tu, ada jugak aktiviti yang dibuat. Lepas ni aku rasa banyak lagi aktiviti yang akan datang. Sesiapa yang ada akaun Facebook dan Twitter serta aktif Twitter memang rugi la kalau tak join Churp2 ni ye.

Churp2: 
Memangla. Peluang dah ada depan mata. Nak join ke tak Churp2 ni memang atas pilihan hati sendiri la. Siapa join awal lagi untung tapi masih belum terlambat kot. Ramai yang dah join, anda semua bila lagi? :) Untuk lebih detail sila ke website dan follow Churp2 di twitter. Lagi satu, tengok la video tentang Churp2 bagi yang baru join.



No comments:

Related Posts with Thumbnails