Kontroversi Facebook Fanpage Ainan Tasneem





Pernah dengar tentang Ainan Tasneem tak? Aku baru je tengok selepas ada rakan yang share dekat facebook. Fanpage si Ainan ni ramai gila mencecah 8K fans. Banyak juga video-video lagu Aina Tasneem nyanyi dan main gitar di share dekat fanpage dia. Mungkin dia minat menyanyi kot.



Apa kata pengkritik Ainan Tasneem? Kebanyakannya daripada orang yang sama. Ada motif apa-apa ke? Aku pun tak tahu. :P






Kesian si Ainan Tasneem ni. Salah ke buat fanpage? Fanpage untuk artis je? Facebook adalah laman social, sesiapa sahaja boleh buat apa yang diiorang suka dekat facebook ni tapi perlu berpada-pada jangan sampai jadi masalah. Banyak betul masalah kan dengan facebook ni. Perlu ke ban facebook? :P  Tapi tak salah untuk menegur tapi perlu menggunakan cara-cara yang betul dan tak perlu lah sampai nak mengaibkan orang lain.  Tegur secara senyap-senyap dan secara tidak terbuka salah satu cara yang betul. Apa yang aku fikirkan lah. Tak perlu tegur secara public dan merendahkan martabat orang lain. Apa pendapat anda pula? 

Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain. Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa...(Surah Al-Hujurat, ayat 12).  (sumber)

Apa kata Ainan Tasneem pula? Bagus juga si Ainan Tasneem ni terima kritikan dengan hati terbuka dan minta maaf.



Apa kata anda pula? :D


**sekadar berkongsi pendapat.
***ada salah silap tolong tegur..

8 comments:

Admiral Hafiz said...

haha
penah tulis pasal Ainan Tasneem kat belog gak

2 la...
semakin hari semakin melampau2
sampaikn ade group Anti Ainan Tasneem
fuh...pelik btul ngan diorg
cian kat Ainan


Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

Lelaki Ini said...

ala..
biar je lew diew tue
sibuk jewk owg laen!

omurice said...

lorh..xperlulah nak komen mcm tu...die tau la ape nak buat...tp bagus la die..think +ve..die bukan artis pun..cuma nk kongsi j..huhu..

neyra shazeyra said...

sian adikku

fiza said...

mentang2 la Ainan tu bkn artis dan2 nk citer pasal hukum...aurat suara la...hbs artis tu..???

!.~@Dark Kurosaki@~.! said...

suara itu aurat...hmm..bila muncul group yang macam ni pun saya kurang suka sebenarnya dengan wujud fan page kebanyakannya perempuan plak tu...sebelum ni cikgu shida ade fanpage.....lagipun, kalau wujud fan page macam ni, memang la dia nak share lagu dia nyanyi, tapi tengok kepada peminat dia..mungkin ada lelaki yang tengok dia atas nafsu..
''suara best, cantik'' tu yang komen2 saya tengok kat fanpage dia...

kebanyakan ahli neraka pun perempuan..

fiza : artis tu memang dah tahap hancur...tu biarkan dorang...kalau dapat basmi, basmi sekarang..

kalau nak tahu lebih detail lagi, lawat site jalan salafus solih...

http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/11/apabila-muslimah-berani-beraksi.html

hanya pendapat saya...

midonz said...

mulut manusia memang payah untuk di tutup apatah lagi ia datangnya daripada mereka2 yang tidak berpandangan positif. Kita amik dari sudut positif la,janganlah sebab Ainan upload dalam youtube bermacam2 komen orang nak kondem dia.. anyway,keep it up dik Ainan. Abg suka kalau adik tak cepat melatah dlm hal2 begini... :)

Anonymous said...

aq jtuh hati kt aina tasneem...

Related Posts with Thumbnails